Jumaat, 23 Januari 2009

Jum Ketawa~~~KLu Cali Ktawa KLu nDa SenyuM ja :p

1. MUrid Yang DERHAKA

  • Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....

    Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

    "Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

    Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

2. Ketam Ganu, Kentang Kelate (bahasa mengelirukan)

  • Menantu terengganu : mek... Kalu mek gi kedaa... Tolong beli 'ketang' 4 kilo... ... ..nanti kito bayar

    mentua kelantan : bereeehhh... ..

    Selepas mentua pulang dari kedai... ... ... ... ... ... ... .

    Menantu terengganu : loooo... . Bak po mek beli 'ubi ketang'(ubi kentang)... Banyok-banyok ni... .

    Mentua kelantan : tadi mu kato beli kete(ubi kentang)... .. Pah tu kete mano pulakkkk...

    Menantu terengganu : bukang ubi 'ketang'... . Kito suruh beli 'ketang'... .. Hok ada sepit... ... (ketam)...

3. pEngalaman pertama seorang gadis...opssss

  • Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang.
  • Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.
  • Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

4. THEN WHY DID YOU EAT HIM?

  • A four year old little boy was at the doctor's office with his mother in the waiting room when he spotted a pregnant lady on the other side of the room. Having nothing better to do, he walk over to her and inquisitively asks, Why is your stomach so big? She replied, "Im having a baby" With big eyes, he replied, "Is the baby in your stomach"? She said, "He sure is".
  • Then the little boy, with a puzzled look on his face, asked yet another question, "Is it a good baby"? She said, "Oh, yes." "It's a real good baby".? At this point the woman is thinking the little boy is incredibly cute and looks foward to what he has to say next And, much to her suprise, with an even more surprised and shocked look than before, he asks.. "Then why did you eat him"?

5. VERY GOOD ENGLISH

  • Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

    Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

    Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

    Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
    (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

    Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

    Boss : Why didn't you come to work?

    Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

0 comments:

 
KaLaS`23 © 2007 Template feito por Áurea R.C.